Khamis, 4 April 2013

Kerja kursus sejarah sem 2






 

MENGKAJI SENI TARIAN KUDA KEPANG DI NEGERI JOHOR PADA TAHUN 80 AN HINGGA SEKARANG
   

Nama:Nazmi bin Tajuddin
Kelas:6atas2
No ic:940212-12-XXXX







PENGENALAN
Kajian sejarah seni dan kebudayaan mengenai seni tarian kuda kepang telah menjadi pilihan untuk saya malakukan kajian mengenai aspek-aspek yang penting semasa menarikan tarian kuda kepang.Tarian kuda kepang merupahkan salah satu permainan rakyat di Negara kita.kuda kepang banyak mendapat tempat di hati rakyat johor.kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.salah seorang pencinta tarian kuda kepang di pt.kemang muar ialah Encik Margono bin Hj Anuar atau lebih mesra dipanggil “wak gano”.beliau sudah lama berkecimpung dalam tarian kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupahkan tarian ini.Tarian kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orng-orang kampung parit kemang sudah mempunyai sebuah persatuan “persatuaan kuda kepang Pt.kemang Muar”.pada zaman sekarang, permainana kuda kepang dimainkan di majlis perkawinan atau sesuatu majlis keramaian.Penari kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari,5orang pemain muzik,15 orang penjaga kawasan dan 2 orang bertindak sebagai bomoh pemulih.Bagaimanapun dalam seseuatu persatuaan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seoarng penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin dipanggil “danyang”.pakaian tarian pula biasanya seragam.

OBJEKTIF KAJIAN
1)Mengenalpasti pergerakan kretif dalam tarian kuda kepang
2)Mengesan dan mengkaji sejarah dan asal usul seni tarian kuda kepang masyarakat jawa di Malaysia.
3)Mengenal pasti unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam seni tarian kuda kepang





PERMASALAHAN KAJIAN
Sepanjang saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai permasalahan yang harus dikajii. antaranya ialah mengkaji mengapa tarian kuda kepang semakin kurangkan ditarikan pada majlis-majlis keramaian dan mengapa anak-anak muda kurang minat untuk melibatkan diri dalam tarian tradisonal ini.

SKOP KAJIAN
Secara amnya kajian dijalankan dikalangan penari-penari kuda kepang  melalui rujukan buku dan laman web sahaja.secara spesifiknya kajian yang dijalankan adalah untuk melihat pergerakan kratif tarian kuda kepang dan unsur kebatinan dalam aktiviti fizikal ini.

SOROTAN KAJIAN LEPAS
Berdasarkan penyelidikat setakat ini,saya dapati majalah yang telah diterbitkan berkaitan tajuk yang saya kaji ini.Antara buku tersebut ialah buku dari terbitan majalah DEWAN BUDAYA yang bertajuk nilai dalam kuda kepang karya mohd.Kipli Abdul Rahman.Buku ini menceritakan elemen-elemen spiritual yang terlibat dalam tarian kuda kepang dan cara tarian ini ditarikan dalam kalangan masyarakat melayu di johor pada tahun 80an hingga lah sekarang. Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

KAEDAH KAJIAN
Penyelidikan ini dilakukan dengan pelbagai kaedah.antaranya ialah,:
1)Melayari internet:kaedah melayari internet turut diaplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
 2) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.
               






PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Bahagian 1:Asal usul tarian kuda kepang
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Bahagian 2:keunikan seni tarian kuda kepang
Keunikan seni tarian kuda kepang adalah segi pembuatannya dengan mengunakan buluh yang dianyam.pada awalnya kuda kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu.ianya biasa berwarna hitam dengan buluh berwarna kuning.Namun penghubasuaian telah berlaku apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi menampakkan kuda semakin cantik dan menarik.

Bahagian 3:Peralatan yang dugunakan untuk seni tarian kuda kepang
Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikutirama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merahputih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Bahagian 4:Pantang larang semasa kuda kepang ditarikan.
Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jeniskuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Bahagian 5:kesesuaian masa yang digunakan untuk menarikan kuda kepang
Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Penutup
Kesimpulannya,tarian tradisonal kuda kepang perlu lah dijaga kesenianya agar generasi akan datang dapat mempelajari tarian ini secara mendalam sekaligus tarian ini tidak akan dilupa oleh masyarakat akan datang.Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sebuah masyarakat yang berbilang kaum.Pada era modenisasi sikap manusia yang mengangungkan budaya barat menyebabkan tarian tradisonal semakin ditelan zaman.Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisonal dimata dunia supaya  ianya dikenali ramai.Oleh itu diharapkan,seni tarian kuda kepang ini akan terus  ditarikan oleh generasi muda tanpa malu  supaya tidak  ditelan zaman serta dapat memertabatkan nama Negara kita dipersada dunia.




 Semoga apa terkandung ini dapat membantu anda dalam menyiapkan kerja kursus stpm. insyallah~


















1 ulasan:

  1. MAAF...BOLEH X TERANG KAN PERKAITAN ANTARA KUDA KEPANG DENGAN WALI SOGOK DENGAN LEDIH DALAM

    BalasPadam