
MENGKAJI SENI TARIAN KUDA KEPANG DI
NEGERI JOHOR PADA TAHUN 80 AN HINGGA SEKARANG
Nama:Nazmi bin Tajuddin
Kelas:6atas2
No ic:940212-12-XXXX
PENGENALAN
Kajian
sejarah seni dan kebudayaan mengenai seni tarian kuda kepang telah menjadi
pilihan untuk saya malakukan kajian mengenai aspek-aspek yang penting semasa
menarikan tarian kuda kepang.Tarian kuda kepang merupahkan salah satu permainan
rakyat di Negara kita.kuda kepang banyak mendapat tempat di hati rakyat
johor.kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu
ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.salah seorang pencinta tarian kuda
kepang di pt.kemang muar ialah Encik Margono bin Hj Anuar atau lebih mesra
dipanggil “wak gano”.beliau sudah lama berkecimpung dalam tarian kuda kepang
tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupahkan tarian ini.Tarian
kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orng-orang kampung parit kemang
sudah mempunyai sebuah persatuan “persatuaan kuda kepang Pt.kemang Muar”.pada
zaman sekarang, permainana kuda kepang dimainkan di majlis perkawinan atau
sesuatu majlis keramaian.Penari kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25
orang dimana 9 orang menari,5orang pemain muzik,15 orang penjaga kawasan dan 2
orang bertindak sebagai bomoh pemulih.Bagaimanapun dalam seseuatu persatuaan
jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seoarng penari-penari itu bertindak
sebagai pemimpin dipanggil “danyang”.pakaian tarian pula biasanya seragam.
OBJEKTIF KAJIAN
1)Mengenalpasti
pergerakan kretif dalam tarian kuda kepang
2)Mengesan
dan mengkaji sejarah dan asal usul seni tarian kuda kepang masyarakat jawa di
Malaysia.
3)Mengenal
pasti unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam seni tarian kuda kepang
PERMASALAHAN KAJIAN
Sepanjang
saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai permasalahan yang harus dikajii.
antaranya ialah mengkaji mengapa tarian kuda kepang semakin kurangkan ditarikan
pada majlis-majlis keramaian dan mengapa anak-anak muda kurang minat untuk
melibatkan diri dalam tarian tradisonal ini.
SKOP KAJIAN
Secara
amnya kajian dijalankan dikalangan penari-penari kuda kepang melalui rujukan buku dan laman web
sahaja.secara spesifiknya kajian yang dijalankan adalah untuk melihat pergerakan
kratif tarian kuda kepang dan unsur kebatinan dalam aktiviti fizikal ini.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Berdasarkan
penyelidikat setakat ini,saya dapati majalah yang telah diterbitkan berkaitan
tajuk yang saya kaji ini.Antara buku tersebut ialah buku dari terbitan majalah
DEWAN BUDAYA yang bertajuk nilai dalam kuda kepang karya mohd.Kipli Abdul
Rahman.Buku ini menceritakan elemen-elemen spiritual yang terlibat dalam tarian
kuda kepang dan cara tarian ini ditarikan dalam kalangan masyarakat melayu di
johor pada tahun 80an hingga lah sekarang. Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan
pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan
peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini
diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar
datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan
menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat
dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat
daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi
lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari
kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya,
semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di
majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu
menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari
perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang
menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan
menimpa musibah.
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat
yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha
mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi
kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk
menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu
ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada
pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk
meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
KAEDAH KAJIAN
Penyelidikan
ini dilakukan dengan pelbagai kaedah.antaranya ialah,:
1)Melayari internet:kaedah melayari internet
turut diaplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk
memperolehi maklumat.
2) Pembacaan
karya ilmiah :- Saya
telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada
hasil kajian saya.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Bahagian 1:Asal
usul tarian kuda kepang
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian
warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian
penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa
ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.
Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara
menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan
mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas
persembahan.
Tarian Kuda kepang
amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik
berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk
seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau
kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Bahagian 2:keunikan
seni tarian kuda kepang
Keunikan
seni tarian kuda kepang adalah segi pembuatannya dengan mengunakan buluh yang
dianyam.pada awalnya kuda kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini
diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu.ianya biasa berwarna hitam
dengan buluh berwarna kuning.Namun penghubasuaian telah berlaku apabila
terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi menampakkan kuda semakin
cantik dan menarik.
Bahagian 3:Peralatan
yang dugunakan untuk seni tarian kuda kepang
Angklung
yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan
dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan
bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang
besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Gendang
diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya
diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikutirama yang tertentu berdiameter lebih
kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat
daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut
adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang.
Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit
lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali
digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk
daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.
Bahagian 4:Pantang
larang semasa kuda kepang ditarikan.
Kumpulan
pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk
persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur
dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa
jeniskuih. Selain itu, kumpulan pemain
juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau
penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang
tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai
pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah
semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat
dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat
kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu,
pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut
bahawa mereka akan makan kaca itu.
Bahagian 5:kesesuaian
masa yang digunakan untuk menarikan kuda kepang
Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis
keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang
kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Penutup
Kesimpulannya,tarian tradisonal kuda kepang perlu lah dijaga
kesenianya agar generasi akan datang dapat mempelajari tarian ini secara
mendalam sekaligus tarian ini tidak akan dilupa oleh masyarakat akan
datang.Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sebuah masyarakat yang
berbilang kaum.Pada era modenisasi sikap manusia yang mengangungkan budaya
barat menyebabkan tarian tradisonal semakin ditelan zaman.Sudah menjadi tanggungjawab
generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisonal dimata dunia supaya ianya dikenali ramai.Oleh itu diharapkan,seni
tarian kuda kepang ini akan terus
ditarikan oleh generasi muda tanpa malu
supaya tidak ditelan zaman serta
dapat memertabatkan nama Negara kita dipersada dunia.
Semoga apa terkandung ini dapat membantu anda dalam menyiapkan kerja kursus stpm. insyallah~